Khatan / Sunat Kanak-Kanak & Dewasa | HE MEDICAL CLINIC |
top of page
download.jpg
download_edited.png
stapler circumcision malaysia

Berkhatan Lelaki Yang Selamat dan Cermat

Pada Umur Berapa Anak Anda Boleh Berkhatan?

Biasanya terdapat dua peringkat umur utama di mana khatan dilakukan iaitu semasa bayi baru lahir (sebelum 6 bulan) atau dipanggil ‘berkhatan bagi bayi’ dan juga apabila anak mencapai umur sekitar 5-12 tahun. Berkhatan juga dilakukan sebagai prosedur tambahan semasa melakukan pembedahan seperti pembedahan hernia.

Berkhatan Moden

Berkhatan moden biasanya dilakukan oleh kakitangan kesihatan sama ada doktor, pembantu perubatan, jururawat atau atendan kesihatan yang terlatih dan berpengalaman melakukan khatan. Walaupun terdapat beberapa teknik yang berbeza tetapi setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Paling penting orang itu mahir dengan teknik berkhatan yang dilakukan. Paling popular untuk kanak-kanak adalah teknik laser. Cara berkhatan laser boleh dilakukan dengan cepat dan selamat, kurang komplikasi dan penjagaan selepas berkhatan yang mudah dan tidak menyakitkan. Bagi lelaki dewasa, teknik stapler adalah yang paling popular. Ini kerana stapler sembuh lebih cepat daripada menggunakan teknik laser yang memerlukan jahitan. Penjagaan luka stapler juga lebih mudah dan tidak menyakitkan.

Apakah Teknik-Teknik Berkhatan yang Boleh Dilakukan?

stapler circumcision malaysia

STAPLER

Kaedah terbaik untuk berkhatan dengan parut yang minimum selepas pembedahan, pendarahan minimum dengan pemulihan yang lebih cepat.

stapler circumcision malaysia

LASER

Menggunakan pisau laser untuk memotong lebihan kulit. Secara amnya ia lebih baik daripada kaedah tradisional menggunakan gunting.

stapler circumcision malaysia

CLAMP

Pengapit ialah kaedah yang kedua terbaik tetapi disebabkan saiz yang terhad untuk orang dewasa ia lebih popular dalam kalangan kanak-kanak.

stapler circumcision malaysia

TRADISIONAL

Cara ini dilakukan dengan menggunakan gunting dengan kaedah "dorsal-slit". Ia jarang digunakan sekarang untuk berkhatan kerana berisiko tinggi untuk pendarahan dan waktu operasi yang panjang.

Khatan Stapler

Dibangunkan di China, stapler bulat adalah peranti baharu yang digunakan untuk melakukan khatan. Daripada kajian, didapati bahawa khatan stapler memerlukan masa operasi yang lebih singkat, menyebabkan kesakitan yang minimum, dan jumlah kehilangan darah yang sangat rendah berbanding dengan alat berkhatan lain. Berkhatan boleh dilakukan dengan mudah menggunakan ubat bius tempatan secara pesakit luar. Peranti stapler ialah peranti pakai buang yang merangkumi dua bahagian, loceng dalam dan loceng luar. Loceng dalam direka untuk melindungi kepala zakar. Untuk loceng luar, ia mempunyai bilah bulat untuk memotong kulup dan stapler untuk menutup luka yang menghalang pendarahan.

stapler circumcision malaysia
stapler circumcision malaysia

Penjagaan selepas pembedahan

Pesakit akan menjalani pemeriksaan luka dalam masa 2-3 hari untuk memeriksa sebarang kemungkinan komplikasi seperti pendarahan atau jangkitan. Komplikasi lain yang mungkin termasuk bengkak dan jangkitan kuman di mana luka mungkin gagal ditutup. Oleh itu, pesakit akan diajar penjagaan luka yang betul di rumah.

DAPATKAN HARGA PROMOSI KHATAN KANAK-KANAK SEMPENA CUTI SEKOLAH

TEKNIK

HARGA BIASA

HARGA PROMOSI

LASER / CAUTERY

ZSR STAPLER

KHATAN BAYI LELAKI (bawah 6bulan)

  • Laser / Cautery

  • ZSR STAPLER

*Harga pakej termasuk :

  • Caj Konsultasi

  • Ubat tahan sakit & Ubat Sapu Antibiotic

  • Lawatan susulan x1

  • Ubat Bius Setempat

  • Sijil kebenaran berkhatan

RM 400

RM 1500

RM 600

RM 1500

RM 300

RM 1200

RM500

RM1200

*Promosi hanya untuk mereka yang melakukan tempahan secara
ATAS TALIAN SAHAJA.
*Harga untuk kanak-kanak bawah 12tahun sahaja.
*Perlu melakukan bayaran penuh sebelum temujanji.

bottom of page