GTM-NBZNF3V
 

JANGKA MASA SEKS YANG IDEAL

Ketika melakukan hubungan kelamin, berapa lama sepatutnya ia bertahan?


Walaupun sebenarnya tiada jangka waktu yang ditetapkan untuk hubungan seksual, ramai orang keliru dan percaya bahawa melakukan hubungan yang lebih lama adalah seks yang lebih baik. Bertambah lama sesi hubungan seksual anda sering digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan betapa hangatnya malam anda.


Menurut Tore Holte Follestad, ketua bagi Norwegian Society for Clinical Sexology, kedua-dua lelaki dan perempuan terutama yang muda mempercayai bahawa sesi persetubuhan sepatutnya mengambil masa yang lama.


Dia menyatakan bahawa ini telah menjadi kepercayaan bagi kedua-dua jantina tersebut. Kebanyakan lelaki mempercayai bahawa mereka perlu mempunya zakar yang besar yang boleh bertahan lama ketika bersetubuh. Tambahan pula, semua orang mempercayai bahawa ketika zakar menembusi faraj adalah detik kegembiraan dan bunga api bagi semua yang terlibat.


Sedangkan, sebilangan besar golongan perempuan sebenarnya berada dalam kesakitan dan tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya. Perkara ini sebenarnya tidak pelik lebih-lebih lagi jika anda telah melakukan persetubuhan selama satu jam.

ejakulasi pramatang

Tempoh yang normal vs tempoh yang diingini


Apabila kita bercakap mengenai hubungan kelamin, mencapai keseronokan harus diutamakan daripada yang lain, dan apabila kita berbincang mengenai definisi keseronokan dalam persetubuhan, ia berbeza di antara setiap individu.


Sesetengah orang menginginkan pengalaman sensual yang panjang, sementara yang lain lebih suka sesi hubungan kelamin yang cepat dan agresif. Mesej utama di sini adalah lebih penting untuk anda melakukan hubungan kelamin yang memuaskan bagi semua pihak daripada memikirkan untuk melakukannya dalam jangka masa yang panjang. Apa yang anda mahukan daripada hubungan seksual tersebut adalah aspek yang paling penting.


Berapa lama masa yang selalunya diperlukan?


Walaupun tidak wujud satu jangka masa yang ajaib, sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal or Sexual Medicine pada tahun 2005 telah bertanya kepada sekumpulan ahli terapi hubungan kelamin. Mereka telah mengkelaskan seks kepada beberapa kategori iaitu mencukupi, terlalu pendek, terlalu lama, atau diinginkan.


Mereka menganggap persetubuhan faraj selama 1-2 minit sebagai terlalu pendek, dan 10-30 minit sebagai terlalu lama. Sementara itu, seks yang mencukupi dipercayai berlansung selama 3-7 minit manakala seks yang ideal berlansung selama 7-13 minit.


Nilai-nilai ini bagaimanapun hanya boleh digunakan untuk hubungan intim antara zakar dan faraj. Mereka tidak mempertimbangkan perkara lain seperti aksi-aksi mesra yang anda lakukan sebelum memulakan hubungan kelamin, dan mereka juga tidak mewakili bentuk seks yang lain.

Semuanya berpusat pada bagaimana anda menentukan seks. Sebilan besar penyelidikan ini bergantung kepada masa latensi ejakulasi di dalam faraj atau IELT. IELT ialah masa yang diperlukan oleh seseorang yang mempunyai zakar untuk ejakulasi semasa melalukan hubungan seks faraj.


Walaubagaimanapun, ini bukan bagaimana semua orang memandang seks. Ramai individu percaya bahawa seks berakhir apabila semua pihak mencapai klimaks. Perlu kita ingat bahawa klimaks bukan hanya bergantung kepada seks faraj tetapi boleh juga melalui sentuhan fizikal, seks oral, seks dubur atau gabungan semua kaedah ini.


Sekiranya anda menentukan kepuasan seks hanya pada hubungan kelamin atau persetubuhan, kemungkinan seks anda hanya akan berlangsung selama beberapa minit sahaja. Perlu juga diingatkan bahawa penggunaan IELT sebagai penanda aras dengan mengandaikan hubungan intim zakar-faraj adalah yang kebiasaannya. Walaupun statistik ini dapat diekstrapolasi untuk hubungan intim secara dubur, seks faraj dan dubur adalah tidak sama.


mati pucuk

Adakah terdapat faktor yang boleh mempengaruhi aktiviti seksual kita?


Terdapat beberapa ciri-ciri biologi anda yang boleh mempengaruhi berapa lama aktiviti seksual anda berlansung. Ciri-ciri tersebut adalah:


Umur

Semakin anda berusia, anda mungkin perlukan sedikit masa untuk berasa terangsang, ereksi lebih sukar dicapai dan tidak dapat bertahan lama. Perubahan hormon juga boleh menyebabkan masalah seperti kekeringan di faraj dan penurunan libido atau nafsu seksual.

Tahap rangsangan

Tempoh masa yang diperlukan seseorang untuk mencapai orgasma bergantung kepada bagaimana mereka terangsang ketika mereka mula melakukan hubungan seks, serta jenis hubungan intim yang mereka lakukan. Terus melakukan persetubuhan sebelum anda cukup terangsang mungkin menyukarkan anda untuk mengalami orgasma atau mencapai klimaks.


Bagi lelaki yang mempunyai zakar, mereka akan mencapai klimaks dengan lebih cepat sekiranya hubungan intim dimulakan dengan seks oral sebelum beralih kepada seks faraj.

Penting untuk anda fahami bahawa reaksi seksual bagi setiap individu adalah berbeza dan kunci untuk hubungan intim yang memuaskan adalah untuk anda memahami tindak balas seksual anda sendiri.


Dadah dan alkohol

Bahan kimia tertentu boleh mempengaruhi keinginan seksual, tahap keghairahan dan kemampuan orgasma seseorang individu. Secara tidak langsung, ini juga dapat mempengaruhi berapa lama hubungan seks boleh berlangsung.


Mengambil terlalu banyak alkohol boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapat ereksi serta mencapai klimaks bagi lelaki.


Sebaliknya pula bagi perempuan di mana alkohol dapat meningkatkan kadar hormon testosteron menyebabkan mereka lebih ghairah tetapi juga dapat mengurangkan pelinciran di faraj mereka dan menjadi sukar untuk mencapai klimaks.


Masalah kesihatan

Hubungan kelamin anda juga boleh dipengaruhi dengan masalah kesihatan seksual. Pada usia 40m 40% lelaki akan mengalami masalah ereksi atau erectile dysfunction (ED). Ejakulasi pramatang pula boleh mempengaruhi kira-kira satu pertiga lelaki berusia antara 18 hingga 59 tahun, menyebabkan persetubuhan berlangsung untuk jangka masa yang pendek.


Sebaliknya, kaum wanita juga boleh mengalami gangguan orgasma apabila mereka mendekati usia untuk menopause atau putus haid. Ejakulasi tertangguh boleh mempengaruhi 1-5% lelaki, menyebabkan kesukaran untuk mencapai klimaks walaupun mempunyai banyak rangsangan.


Psikologi

Senario yang berbeza, pasangan, betapa bahagia anda dalam sesebuah hubungan dan elemen kontekstual yang lain kadang-kadang dapat mempengaruhi bagaimana minda dan badan anda bertindak balas terhadap seks. Secara tidak langsung juga mempengarui tempoh jangka masa persetubuhan anda.


Apabila anda fokus, terangsang, dan bersama dengan pasangan yang memahami tubuh anda dengan baik, anda mungkin lebih mudah untuk mencapai klimaks dengan cepat. Namun, apabila anda terganggu, cemas atau tidak dapat bersantai dengan pasangan anda, mungkin memerlukan masa yang lebih lama.


Adakah penting berapa lama sesi hubungan intim anda berlangsung?


Ramai individu keliru dan percaya dengan fahaman yang tidak tepat bahawa jangka masa persetubuhan berkait rapat dengan kualiti hubungan seks. Ini boleh menimbulkan kegusaran kepada pihak lelaki yang diajar bahawa mereka bukan sahaja perlu mempunyai zakar yang besar, tetapi mereka juga mesti bertahan berjam-jam. Ini akan mengakibatkan tekanan kepada mereka!


Berapa lama sesebuah hubungan seks itu tidak ada kaitan dengan betapa baiknya seks itu.

Daripada anda berusaha untuk menjadikan hubungan seks tersebut berlangsung lebih lama atau lebih pantas, lebih baik anda menumpukan perhatian kepada seberapa banyak anda menikmatinya. Antara soalan asas yang anda boleh fikirkan adalah seperti berikut:


· Adakah ini jenis hubungan intim yang saya gemari?

· Adakah pasangan saya menyedari keinginan seksual saya?

· Apa yang saya boleh lakukan untuk meningkatkan keintiman dalam hubungan seks saya?


Jika hubungan kelamin anda mengambil masa lebih lama atau lebih pendek daripada yang anda mahukan, berbincanglah dengan pasangan anda mengenainya. Apabila anda berasa sesuatu yang tidak menepati kehendak anda, membiracakannya bersama merupakan tempat yang baik untuk bermula. Kami faham bahawa memberi nasihat lebih mudah daripada melakukannya – tetapi perlu diingat bahawa pasangan anda juga mahu menikmati keseronokan yang sama dengan anda.


Tunjukkan atau beritahu pasangan anda apa yang boleh membuat anda terangsang. Anda mungkin boleh merangsang diri anda dengan menyentuh diri dengan cara tertentu atau anda boleh memberitahu pasangan anda bagaimana untuk merangsang anda dengan cara yang anda mahukan. Menggunakan alat bantu visual yang berguna juga boleh membantu.


Cuba posisi yang boleh membuat anda mencapai klimaks. Dapatkan kedudukan atau teknik seksual tertentu yang boleh membantu anda dan pasangan. Mencuba cara-cara ini adalah kaedah yang baik untuk memastikan kepuasan bagi kedua-dua pihak.


Kesimpulan

Berapa lama hubungan seks anda patut berlangsung dipengaruhi oleh definisi seks, jangkaan individu dan keinginan bersama.

Buat janji temu dengan doktor atau pakar kesihatan jika anda bimbang mengenai tempoh persetubuhan anda bersama pasangan.

Mereka boleh membincangkan perasaan anda secara profesional, menjawab segala masalah yang anda alami, dan menganalisis gejala atau kesukaran yang anda alami.